Monday, 30 June 2014

The Story - Chapter 3

Assalamualaikum.

Wah, kali ni dah pandai kau bagi salam. Tak jawab dosa kot. Yelah, yelah. Nak jawab lah ni. Kecoh ah lu!

Bila dah puasa tu, mesti akan ada bazaar ramadhan. Dan bila dah ada bazar tu, mesti kawan aku akan ajak aku pergi kat situ. Dan jawapan aku tiap kali dia ajak mesti adalah "TAK NAK".
 
Bazar yang sesak macam ni memang 100% tak la untuk aku menjejakkan kaki ku ke situ
(gambar curik dari google)

Kawan aku ni pun satu lah, kau dah kenal aku lama kot. Dari Form 1 lagi. Takkan tak retis-retis lagi yang aku memang takkan berjalan-jalan time panas-panas macam sekarang ni unless ada perkara yang betul-betul penting saja yang memerlukan aku berada di bawah sinaran terik matahari itu. 

Aku bukannya apa, aku ni dah lah cepat dan kuat berpeluh (ya, memang agak geli di situ yer). Nak wat macam mana kan, dah semula jadi. Aku ni kalau nak gi memane, mesti akan bawak sapu tangan. Kedang-kadang tu sampai dua tiga helai aku bawak sekali gus. Semuanya sebab nak lap peluh tu. Kira aku ngan sapu tangan memang tak boleh berenggang langsung. Aku jalan kejap jer pun tapi dah berpeluh macam lari tawaf stadium bola tiga empat kali. HAHA. Sebab tu aku always akan mandi. Aku lebih suka kalau badan aku tak melekit, bersih dan sentiasa berbau wangi. Pergh! Wangilah sangat kan. Hehe. Poyo jer la ko ni.
  
Tiap kali aku mandi mesti aku akan berangan yang aku ni badan taf dan seorang lelaki yang sangat kacak sampaikan semua orang try nak intai aku masa mandi.
Hina sangat perangai itu. Minta jangan diikut.

Lagipun aku pernah cakap yang aku paling tak suka berada di kawasan yang crowded. Sebabnya aku rasa rimas dan macam sesak gila nafas aku ni. Bila macam tu, mulalah aku ni rasa nak marah orang. Sebab marah, aku pernah sound sorang kakak tu depan-depan masa kat pasar malam jalan TAR. Sape suh wat perangai huduh sangat, kang tak pasal-pasal kena ngan aku. Tapi rasa bersalah pulak lepas aku marah dia tu. Dan start from that day, aku dah tak jejakkan kaki lagi dah kat jalan TAR tu -- Ok, itu overlah. Aku tak jejak kaki lagi kat situ bukan sebab kejadian marah tu tapi sebab kalau aku gi situ pun bukannya aku nak beli apa-apa, so why bazir masa gi sana kan? 

Berbalik kepada cerita bazar, yang aku perasan dan tahu, some peniaga makanan kat bazar kat tempat aku ni, cekik darah okiess. Kalau sedap gila tu aku tak kisah lah kalau jual mahal pun sbb ianya berbaloi untuk dibeli dan disantap, ni dah lah rasa hampeh then nak jual mahal. Benci betul aku peniaga macam ni tau. Macam menipu orang yang membeli pulak. Mencik! 

Eh, dah cakap pasal bazar and makanan, so ape makanan yang kau suka Ryyn?

Kalau dah namanya orang melayu, mestilah suka makan nasi. Fav aku nasi kerabu. Pergh, dia punya rasa memang sedap. Lagi-lagi kalau makan ngan puyuh goreng/ayam berempah, telur masin dengan salok lada. Hari-hari suh aku makan nasi kerabu pun tak pe. Aku rela dan sanggup ok. 
 
Tak puas kalau makan sekor kot. Incik Boifie sangat jeles tengok aku ratah natang ni then suh aku kongsi ngan dia. Keji!

Kalau pagi-pagi, aku memang akan jadi hantu nasi lemak. Kalau gi rumah Incik Boifie, benda pertama dia akan buat lepas aku bangun tido adalah tanya aku "Nak makan nasi lemak ke pagi ni?" (sila baca dengan nada penuh sindiran yer). Tak romatik langsung! Orang bila bangun pagi, cakaplah "Lop u" ke, "Morning hubby" ke. Ni tidak, soklan 'sama ade nak makan nasi lemak tak' yang ditanya nyer. Mencik! Ngutok aku jer keje (kes berat badan aku naik sikit sekarang ni -- sikit jer pun! Kecoh ah Incik Boifie itu!)

Aku jugak suka makan Portuguese Grill. Dan satu-satunya tempat yang aku suka adalah yang dekat Mid Valley tu. Aku dah pernah try tempat lain, tapi tak sesedap kat situ lah. Tiap kali nak gi Mid, mesti plan nak gi makan kat restoran tu lah, restoran jepun ni lah. Last-last gi makan natang grill tuh jugak. HAHA. Vengong. Tapi kalau korang pernah jumpe port lain untuk makan masakan grill itu, sila beritahu aku supaya boleh lah aku gi makan tempat itu yer.

Bab-bab kuih tu, aku tak minat sangat nak makan. Selalunya kalau beli kuih pun, aku biarkan jer Incik Boifie habiskan semuanya even dia kata dah tak nak makan dan sudah kekenyangan tapi aku paksa juga. Suka membazir tau dia tu. Beli makanan ikut nafsu betul. Grrr~~

Keje duk kutuk Incik Boifie jer ko ni. Sian Incik Boifie yang tersayang itu. Jahat giler ko! Hish, ko ni. Kutuk-kutuk manja pun tak boleh. Aku dah lah tengah dalam mood "miss-him-so-much" sebab dah lama tak jumpe. Lame tak jumpe? Baru 2 minggu jer kot. Memang agak mengade di situ yer! :3

Kutuk-kutuk pun, aku suka tau makan makanan hasil masakan Incik Boifie itu. Cam heaven jer dapat rasa masakan dia. Even kekadang tu bila datang angin mengarut, dia suka campur bende yang pelik-pelik dalam masakan dia =.=" sampaikan rasa makanan tu pun jadi pelik dan memang boleh menyebabkan aku berfikir panjang dulu sebelum merasa masakan dia tu. Hish, kalau tak makan kang kecik hati pula, tapi kalau makan aku pulak yang merana. Hmmm, nak makan ke tak? Perlu ke aku makan? Selalunya aku wat alasan (1) tak lapar lagi, or (2) jap lagi lah makan, dan suh dia makan dulu sambil aku teman dia. Yes, KENA teman. Kalau tak teman, nanti dia tak nak makan. Memang sangat mengade ye tuan-tuan dan puan-puan.

HAHA. Itulah serba sedikit pasal aku tentang kenapa aku tak suka pergi bazaar membawa kepada some makanan yang aku paling suka makan. Ditambah sedikit pasal Incik Boifie. 

Aku tengah pening kepala, so aku stop kat sini dulu ye. Buhbye~~

 

1 comment:

  1. eh kite same la tak suke g pasar n tempat crowded....
    adakah saya kenal anda? ahahahahah

    ReplyDelete