Saturday, 13 September 2014

False Love - Chapter 1

Tu dia habaq hang. Lama tak menghapdate blog. Busy memanjang dengan tak buat pape. HAHA. Tetiba kan, aku rasa macam nak menulis novel. Tulis novel katanyer? Layak ke? 

Ah, kisah lah layak ke tak. Tapi aku tetap jugak nak tulis. Aku ni tak pernah pun nak tulis ataupun cuba-cuba nak menulis novel ni. So, mungkin novel aku ni akan nampak macam sangat-sangat amatur lah kot. Tapi aku akan cuba lah baiki cara penulisan aku dari masa ke masa dan itulah tujuan utama aku buat novel ni, untuk improve aku punya penulisan.

Sebelum aku mengarut lebih banyak, enjoy Bab 1 False Love.



FALSE LOVE - Bab 1


Iman duduk. Tingkat bawah bangunan siswarama fakulti sastera dan sains sosial itu lengang. Dia mengeluarkan handphone dari poket seluar. Jam sudah menunjukkan pukul 6.35 petang. Selalunya waktu-waktu macam ni dia biasanya dah duduk rileks layan series kat laptop tapi tak untuk petang ni. 

Kalau diikutkan, kelas dia habis awal hari ni tapi disebabkan dia ada discussion dengan kumpulannya untuk menyiapkan assignment, terpaksa lah dia stay dekat fakulti. Yang malangnya bila siap je discussion tu, hujan tiba-tiba turun dengan lebat. 

Dah lah dia tak bawak payung hari ni. Biasanya dia bawak je pun. Hari-hari bawak. Sebab dia ni jenis tak tahan panas. Putera lilin betul. Tapi sebab nak cepat pergi kelas pagi tadi gara-gara terlajak tidur, dia tertinggal benda alah tu kat bilik. Sekarang, terpaksalah dia berteduh dekat siswarama ni. Apelah nasib.

         Kalau orang lain masa-masa menunggu ni lebih suka main game kat henset, tak pun belek-belek henset bukak baca status fb, tengok gambar kat instagram, usha-usha jantan kat Grindr. Sejak smartphone wave ni, manusia memang tak pernah berhenti dari belek henset walaupun kelakuan tu sebenarnya sangat annoying. 

Dulu takde smartphone, nak tayang henset depan orang pun segan. Sekarang bukan main lagi sepanjang masa nak tunjuk smartphone tu dekat orang lain. Bangga sangat ke ade henset touchscreen bagai tu. Pemikiran rakyat kelas ketiga sangat kan. Tapi tu bukan Iman. Bukan kerana dia low profile ke ape tapi dia guna henset jenis basic je. Bagi dia, asal boleh mesej dan call orang pun dah memadai. 

         Memandangkan dia tak tahu nak buat ape, maka dia pun keluarkan nota yang dia berjaya xeroxkan tengah hari tadi. Bukan sebab dia nerd pun. Tapi menunggu hujan turun itu berhenti adalah sesuatu perkara yang tak pasti dan sangat membosankan. 

            Dia membaca. Sepatah haram pun dia tak faham. Bahana betul ambik subjek bio dari fakulti sains ni. Pensyarah fakulti sains dengan pensyarah dari fakultinya memang berbeza sikap mereka. Fakulti sains punya pesyarah kalau nak jumpe pun payah, sibuk memandang. Kalah menteri. Ajar pun macam tak ikhlas. Macam kau masuk kelas, bebel benda sainstifik entah pape dengan laju macam naik kereta F1 then kau expect semua budak faham dan ingat benda yang kau ajar?

         Iman mengeluh.
 
         “Hai buat ape tu?”
 
        Iman kaget. Terkejut dia. Matanya terus memandang kertas di depannya. Jantungnya telah mula berdegup dengan laju. Ah, babi. Menyesal aku duk tunggu kat sini. Bangang betul aku boleh lupa yang tempat ni keras. Masa hujan gini lah kau nak keluar ganggu orang kan. Orang nak lari pun tak boleh sebab hujan lebat. Bijak! Tak... Tak bijak! Babi!
 
         “Kau nak aku tumpangkan kau?” sambung suara itu.
 
         Iman pelik. Tumpang?
 
        Dia terus saja mengangkat kepala. Lelaki yang berdiri di depannya itu tersenyum. Erol!
 
        Dia lega. Tak, dia tak lega. Lebih baik jumpe hantu daripada jumpe manusia yang ada di depannya sekarang ni. Sebab perangai lelaki itu lebih teruk dari setan.
 
         “Kau nak aku tumpangkan kau tak ni?” tanya Erol sekali lagi.
 
         “Kau buat ape kat sini?” tanya Iman, pelik.
 
         “Kau ingat aku hantu eh. Penakut betullah kau. Siang-siang mana ade hantu.”
 
       “Ma.. Mana ada! Si.. Siang kelapa kau. Dah nak dekat maghrib bodoh,” Iman menjawab dengan tergagap-gagap. Malu pulak bila tekaan Erol tu memang spot-on betul. Cover Iman, cover. Buat cool. Jangan malukan diri kau depan dia. 
 
        “Betullah tu kan? Hahah.” Erol gelak. Tak payah nak gelak sangatlah. Kau kenal kerusi? Nak aku hempuk kau pakai kerusi besi ni ke? Tapi masalahnya larat ke kau nak angkat kerusi tu Iman?
 
         “Kau ni kena sampuk ke ape, gelak tak tentu pasal. Aku tanya, kau buat ape kat sini mangkuk?” marah Iman, berang kena gelak dekat Erol.
 
         “Aku ambik duit kat BSN sana tu, kemudian tak sengaja ternampak kau,” jawab Erol. Ada sedikit senyuman nista macam mengejek terpapar di mukanya. Muka kalau tak buat ekspresi nak mintak pelempang dan penendang, atau kedua-duanya sekali memang tak sah kan Erol.
 
        “Kalau ternampak aku, ternampak je lah, Yang kau datang kat aku buat ape.” Iman bangun nak cuba untuk berjalan untuk meninggalkan Erol tapi Erol sempat menghalang.
 
         “Kau ni gi mane hujan-hujan ni? Aku tumpangkan kau balik kolej,” ajak Erol. 
 
         “Tak payah. Aku boleh balik sendiri,” jawab Iman, menolak tawaran Erol. 
  
       “Aku kesian kat kau la. Nanti kau demam kalau kena hujan.” Nada suara Erol kedengaran risau. Risau? Jangan nak buat lawaklah. Jantan setan cam ni takkan pernah nak risaukan orang lain.
 
         “Simpan je lah kesian kau tu. Aku tak perlukannya. Aku ada kaki, aku boleh balik sendiri. Dan sekarang sila berambus dan jangan halang aku.” Iman berjalan meninggalkan Erol untuk ke surau fakulti yang berada di hujung bangunan itu.
 
         “Tapi Iman. Kolej jauh kot. Dahlah kat sini ada hantu. Kau tak takut ke?” cabul mulut Erol. Sengaja dia nak takutkan Iman. Mana la tahu kot-kot mamat tu tukar fikiran dan terima ajakkannya. Tapi sayang, Iman dah pun selamat masuk ke dalam surau. Erol berteka-teki dalam otaknya, nak masuk jugak surau tu ke tak. Ah, lantaklah. Masuk jugaklah. 
 
         Iman membuka tingkap surau dan membuka kipas sebelum duduk. Bauan hapak tapak kaki dan stokin berkebuk-kebuk di dalam surau tersebut. Dia memang tak tahan sikit dengan bauan yang kuat macam tu. Hidungnya agak sensitif. 
 
         Baru saja dia duduk, pintu surau terbuka perlahan-lahan. Dia bangun. Fikirnya dia tidak menutup pintu rapat-rapat tadi. Tapi selepas tiga langkah, dia berhenti. Erol memunculkan dirinya dari pintu yang terbuka dengan wajah yang tersenyum. Iman menjulingkan matanya ke atas sampai hilang biji mata hitam.
 
         “Suprised ke?” kata Erol dengan tersengih.
 
      “A’ah. Suprised sangat. Sejak bila kaki kau rajin pijak lantai surau ni?” balas Iman, sarcastik. Sarcastik itu penting ok dalam hidup ni. Rasa macam tak lengkap je hidup tanpa menjawab soalan dengan penuh sartastik, lagi-lagi kalau orang tu adalah setan bernama Erol yang tak tahu bila nak putus asa dari mengganggu hidup dia tu.
 
         “Kau tak baik cakap macam tu. Aku rajin je pun pergi surau. Kau aje yang tak tahu,” jawab Erol. Tercucuk hati, jantung, paru-paru, hempedu betul. Sampai hati kau kutuk aku Iman.
 
        “Oh, ye ke? Tak pernah pulak aku nampak. Sembahyang kat bilik pun tak pernah, apetah lagi sembahyang kat surau. Heh.” 
 
        “Shut the fu...” Erol terhenti. Dia hampir menyumpah di dalam surau. Dia menarik nafas. “Diam Iman. Kau tak tahu, jangan nak buat tuduhan macam-macam. Aku masuk ni sebab berniat baik. Sebab nak temankan kau. Risau aku kau duk sengsorang kat sini,” kata Erol selepas bertenang. Dia tak mahu naik marah di dalam surau. Biar pun dia bukannya baik tapi dia takkan nak marah, menyumpah atau buat benda tak baik kat dalam tempat macam ni.
 
         “Aku dah besar. Aku tahu jaga diri aku. Dan aku tak perlu sesiapa untuk teman atau jaga aku. Baliklah Erol. Please. Aku tak nak buat drama dalam ni,” balas Erol dengan suara yang diperlahankan.
 
       “Kalau hujan lambat berhenti cam mana? Takkan kau nak duk sini je? Nak sembahyang kat mana nanti?”
 
        “Jadi ape masalahnya? Inikan surau. Dah masuk waktu nanti, aku sembahyang je lah. Kalau aku was-was seluar kotor, kan kain pelikat ade je tu.” Dahi Iman berkerut. Kadang-kadang dia pun naik pelik dengan Erol. Bukannya Erol tu tak pandai pun, pandai je. Lagi bijak dari dia kot. Tapi kadang-kadang bila datang biolnya, Erol tu nampak macam orang bodoh pun ada.
 
         “Humm, ahh. Ye jugak kan.” Erol termalu sendiri. Memang tak fikir dulu sebelum tanya orang sesuatu. “Tapi nanti kalau kau lapar cam mana? Pengsan ke?”
 
         “Kau tak payah nak fikir jauh sangat eh. Aku lapar nanti, tahulah aku cari makanan,” Iman menjawab. Sejak bila sesi bercakap ni bertukar jadi sesi soal jawab? Dan sejak bila kau boleh melayan nak bercakap dengan Erol yang tak berapa nak guna sangat tu?
 
         “Hmm, ginilah. Pas kita sembahyang nanti, aku bawak kita gi makan, nak?” cadang Erol.
 
         “Kau sembahyang?” tanya Iman, tak percaya.
 
         “Kau ni tak payah nak perli sangat lah. Kita sembahyang jemaah jap lagi. Kau setuju je. Kau nak pahala 1 ke pahala 27? Tapi kaulah yang jadi Imam eh, Iman.” Erol tersegih. Tak habis-habis tersegih. Dah rasa diri tu hensem sangatlah tu bila duk tersengeh macam tu.
 
         “Ikut kau lah Erol,” jawab Iman pendek. 




P/S: Aku sebenarnya macam was-was la jugak nak buat scene dalam surau tu. Entahlah rasa inappropiate plak kan. Tapi kat dunia sebenar, ramai je bercakap benda-benda yang tak sepatutnya dalam surau atau buat benda yang tak sepatutnya dalam surau. Lagi-lagi perempuan. Siap berjual beli lagi. Tapi tu takde lah teruk sangat kalau nak dibandingkan dengan mengumpat dan bergosip dalam surau. Kuat okey, bukan berbisik. Girls always be girls walaupun anak dah 11-12 orang.

  

No comments:

Post a Comment