Tuesday 7 October 2014

Aku Telah Curang... Oh Tidak!

Heyyyyy.
Rasa macam dah lama pulak aku tak menulis kat sini. Bizi sangat menggemokkan diri. 

Aku curang.

Abaikan statement kat atas yang memang sangat menipooo itu.

Aku tak curang pun tapi hanya jatuh crush dekat seorang diver ni. Perhatikan perkataan itu, CRUSH. Aiyoo, dah macam gadis-gadis remaja jatuh crush dekat retis gamaknya. Seperti yang aku pernah cakap yang aku memang minat dengan sukan terjun ni. So aku memang selalunya view apa-apa pertandingan yang ada diving ni sama ada kat youtube or dekat website FINA macam Diving World Series, Grand Prix, European Championships, just to name a few lah.

Actually, aku dah tahu kewujudan dia lama dah. Dulu awal2 tengok diver ni, tak jatuh minat dan tak sokong pun dia until dia tersenyum. Oh-Emm-Gee! Cair aku taw. Dia memang ada killer smile lah! Then kalau dah cair maka gigih lah kan duk cari maklumat pasal dia. Tak banyak sangat lah info pasal dia. Walaupun dah gigih tercair bagai semua, berbulan jugaklah aku stop tengok video pasal diving ni sebab terlampau busy dengan kehidupan.

Dan kemudiannya bulan lepas pun menjelma. Ditakdirkan yang hari tu aku tetiba je teringin nak tonton video diving. Search je dekat youtube tu. Mula-mula tengok macam takde perasaan. Until diver ni muncul. Dan dia senyum. Bergegar hati aku tengok. Terus teringat pasal dia balik. Terus teringat yang aku jatuh crush dekat dia dan aku masih lagi sukakan dia. Tapi penangan kali ni memang sangat kuat. Hari-hari nak tengok video dia perform. Kalau tak tengok rasa macam ada something yang missing. KRONIK dah aku rasa aku ni. HAHA.

OK, ini hanyalah suka semata-mata dan memang dah jatuh cinta takde kaitan dengan jatuh cinta. HAHA. Aku memang suka gila tengok dia melakukan dive itu. Dia kalau acara individu macam kurang strong sikit lah performance dia. Sebab aku tengok dia lebih kuat dalam acara synchro. Hope tahun depan prestasi dia lebih baik dari tahun ni untuk acara individu yang pada pendapat aku agak mengecewakan jugak lah tahun ni.

Teringin benar aku nak tengok dia perform secara live sambil menjerit-jerit macam tengok konsert retis. Entah bila akan berlaku, itu aku tak taw. But aku akan sentiasa berharap ianya akan berlaku suatu hari nanti. Dan benda yang aku paling nantikan mestilah untuk melihat senyuman dia. Just his smile. Sebab aku sangat-sangat sukakan senyuman dia.
 
 Inilah orangnyer. Awww, look at those eyes. Dia kengkadang simpan janggut. Aku tak pernah rasa janggut tu menawan dan masih lagi tak rasa yang janggut tu menawan tapi janggut dia nampak comeyyy ya amat~!!


p/s: Who the fuck is Tom Daley?


   

Thursday 25 September 2014

Hari-Hari Yang Mendatang

Hey Uolss.

Dekat akhir-akhir bulan 9 ni, rasa macam giler pemalas. Semua benda aku rasa macam malas je nak buat. Berhibernasi jelah aku sepanjang minggu. Research untuk thesis aku tu dah beberapa minggu aku campak dalam longkang. Malas bebenor nak melihatnya. Nanti bile penyelia aku nak, baru aku buat lah kot. 

Bab 2 novel False Love aku yang tah pape dan "no one cares" tu sampai sekarang tak tulis-tulis lagi. Malas giler nak sedut idea nak tulis Bab 2 tu. Tapi aku dah siapkan Bab 3 dan Bab 4. Aku fikir, kalau dah malas sangat rasa macam nak jadikan Bab 3 tu sebagai Bab 2 je dan Bab 4 jadi Bab 3.

The Maze Runner.

Aku tak tengok lagi sebenarnya movie ni.  Ingat ke nak gi tengok hari ni, tapi seperti yang aku cakap aku ni kerjenya berhibernasi sepanjang masa menyebabkan plan untuk keluar hari ni terus je dicancel oleh aku. Orang cakap cite ni best, tapi reason aku nak tonton adalah disebabkan oleh Dylan O'Brien yang tetiba je aku rasa dia agak kacak dan comel. 


 Aku teringin sangat nak bermimpikanmu wahai Incik Dylan

Sepanjang aku tengok cite Teen Wolf tak pernah pun aku rasa dia kacak ke kiut ke ape, hanya tahap 'okay la' je pun. Mungkin sebab muka dia nampak semakin matang sekarang. Atau mungkin kekacakan dia dalam Teen Wolf tu dibayangi oleh kekacakan Tyler Hoechlin yang bagi aku, mampu mencairkan seluruh jiwa dan jantung aku ni. HAHA. Kalau aku rajin esok petang, mungkin aku akan ajak En. Boifie kuar date tengok movie ni sesame.




Saturday 13 September 2014

20 Facts About Me

Sebab ramai yang buat mentang ni, maka aku pun dengan gigihnya nak buat jugak. Muka memang tak malu. HAHA. 

1) Aku peminat Pokemon. Dari dulu sampai sekarang minat aku terhadap Pokemon memang tak pernah luntur dan tak mungkin akan luntur. Sampai sekarang aku still lagi main game Pokemon tu. Antara Pokemon yang aku paling suka adalah Skitty dengan Emolga. Comel je dua ekor tu. 
 
2) Dulu masa kecik, mati-mati aku ingat Haruka tu lelaki. Siapa Haruka? Haruka adalah Sailor Uranus dalam cite Sailormoon. Semuanya sebab Haruka tu sentiasa pakai baju lelaki dan pulak tu keje asyik duk peluk dan kata ayat cinta dekat Michiru aka Sailor Neptune. Mahunyer aku tak konfius.

3) Keluar siri banyak mana sekalipun, cerita Charmed tetap menjadi cerita paling favorite aku. Masa tengok cite tu, mesti aku berangan yang aku adalah salah satu daripada adik beradik sihir tu. Berlawan sama-sama bagi menghapuskan setan durjana yang tak habis-habis nak curi buku sihir diorang. Aiyoo, fefeling macam anak-anak gadis sangat.

4) Masa awal-awal aku masuk degree kat universiti aku ni, kerani jabatan aku cadangkan aku tukar cos yang lagi hebat sikit. Tapi aku tak nak. Ada dua sebab. Sebab pertama aku memang betul-betul nakkan cos ni dan sebab yang kedua  adalah kerana tutor cos aku yang tolong aku masa tu tersangatlah kacak membunuh. Aku dah melting masa tengok dia bila dia masuk pejabat jabatan aku masa tu. Kemudian, kerani tu minta dia tolong aku. Dia datang sebelah aku dan bercakap ngan aku, masa tu dah bukan takat cair, dah berubah jadi wap terus. Dah lah kacak, bau wangi pulak tu, guna plak perfume yang aku suka, suara dah lah boleh meruntuhkan iman, dengan penampilan yang sangat bersih, suci dan kemas tu memang buatkan sesape pun jatuh cintan, termasuklah aku. Dia memang jadi crush pertama aku kat universiti tu. Masa dia mengajar kelas tuto, aku memang langsung tak ambek pot pun ape yang dia ajar. Mata memang tak lepas pandang dia, telinga memang kuat dipasang semata-mata nak dengar suara dia. Boleh gitu?

5) Aku tak nak mengaku dan aku memang denial sangat-sangat benda ni tapi aku rasa dulu-dulu aku ni agak perfectionist. Semua benda kena perfect. Tapi tu dululah. Sekarang macam dah hampir pupus je perangai tu. Bagi aku dalam certain benda, mungkin kau boleh jadi seperfect yang boleh, tapi dalam certain benda tak perfect pun takpe. Yang penting kau kena tahu nak balance kan benda tu.

6) Tinggi aku sedang-sedang. Dan aku memang wish yang tinggi aku boleh grow lagi 5 cm. Just 5 freaking cm! Tapi tu lah, harapan hanya tinggal harapan. Sedih je tak dapat tinggi lagi 5cm. Dan yes, aku memang agak jeles tengok orang yang lagi tinggi dari aku.
 
7) Aku bencikan sorang roomate aku masa aku 1st year dulu. Perangai kalau tak pukimak memang tak sah. Bajet macam hebat sangat. Pernah dia kutuk aku sebab pointer aku lagi rendah dari dia. Deyy tambi, cos kau tu senang nak mampos memang lah boleh dapat pointer tinggi. Kalau setakat paper pun just basic molecules of life yang aku rasa benda yang aku belajar kat matrikulasi lagi susah dari ape yang kau belajar kat universiti ni (roomate aku tu budak sians sukan btw), tak payah nak bajet lah depan aku. Dah kutuk-kutuk aku, then sem depannya boleh pulak dengan muka tak malunya mintak tolong aku bantu dia siapkan assignment presentation english dia. Sorry pergi naik babilah, memang tak lah aku nak tolong kau. 

8) Walaupun umur aku dah pertengahan 20-an, aku masih takde lesen kete hatta lesen moto sekali pun. Malu pulak aku rasa. Kbye.

9) Aku tak minat sukan dan tak minat tengok sukan kat tv. Tapi aku sanggup dan penuh gigihnya tengok satu sukan ni iaitu diving. Ramai pulak lah yang kiut miut jadi diver ni kan. Masa sukan commonwealth hari tu kan, aku memang dah sumpah seranah dah sebab diorang block malaysia daripada view sukan tu guna youtube. Nak tengok kena bukak astro lahanat tu. Nak conquer pun beragaklah sikit. Dan memang tak lah aku nak tengok kat tv dekat ruang tamu tu. Seganlah. Sedih je aku tak dapat nak tengok live sukan diving tu. Tapi sekarang youtube tu dah dapat view dah dan lalu aku terus menjadi happy.

10) Aku sebanarnya takut nak pakai kontek lens. Sebabnya, aku tak tahu cam mana nak letak benda alah tu kat mata. Nak buang dia pulak nanti tu cam mana? Tak sakit ke? Hish, seram aku memikirkannya.


11) Pernah jadi mangsa buli kat sekolah dulu. Memang teruk giler aku kena. Tapi tak sekalipun aku ambik hati atau menangis. Tak.. Sekali je aku pernah menangis. Masa tu diorang simbah aku dengan air masa balik sekolah. Itu aku tak kisah sangat. Setakat simbah air je kan, apelah sangat. Yang aku kisah adalah diorang buat tu depan-depan orang ramai. Aku memang malu gila masa tu. Semua orang tengok aku. Ada yang terkejut, ade yang kesian, bahkan ade je yang duk kutuk aku. Tapi aku buat selamba je lah masa tu. Bila dah sampai rumah dan masuk bilik, barulah aku menangis. Ape dosa aku kat korang hah? Sekarang ni aku memang simpan je hasrat dalam hati untuk berjaya dan cakap kat lahabau-lahabau tu semua, depan-depan muka diorang, "Look at me bitches. Aku sekarang dah gila babi punya berjaya. Korang ape yang ade? N.O.T.H.I.N.G.!" kata aku sambil flip rambut ke belakang. Gayteww.

12) Aku selalu berangan yang hari ni nak masak rib eye steak lah, mushroom soup lah, beef wellington lah, stuffed chicken breast lah, alih-alih yang aku akan buat adalah nasi goreng, tak pun ayam masak merah, tak pun buat masak pedas. Leceh pulak nak buat masakan barat ni. Banyak betul step dan barang yang nak kena pakai. Dah lah aku ni malas nak pergi beli semua barang yang diperlukan. Jadi berangan je lah yang aku mampu buat.

13) En. Boifie pernah cakap yang aku ni jenis tak berapa nak friendly dengan orang, dan aku memang agak setuju jugak lah dengan ape yang dia cakap. Aku ni kalau orang tak tegur aku, sampai kiamat pun aku takkan tegur orang tu. Kalau orang yang aku dah kenal dan rapat tu, aku okey je tegur diorang bagai tapi kalau yang tak kenal atau tak berapa nak kenal tu, memang kirim salam lah aku nak tegur. Masa awal-awal masuk degree dulu, dua bulan pertama memang aku tak pernah nak tegur langsung cosmate lelaki aku. Boleh gitu? Kitorang start cakap pun bile diorang datang dan tanye aku, "Kau cos ni eh? So kite cosmate lah yer?" Start diorang tegur tu barulah aku mula rapat dengan diorang.

14) Aku tak pernah bercinta masa sekolah dulu. Aku start menggatal adalah lepas aku masuk matrik. Aku kenal ex aku dekat dalam Speesh. Kalau guna Hotlink tu memang tahu lah ape itu Speesh.

Bercakap tentang Speesh, memangdangkan dulu FB tak berapa nak popular, maka ramai giler orang kat situ. Siyes aku cakap, Speesh dulu-dulu memang best. Siap join group lagi tu. |TopDudez| nama group tu. Setiap hari kerja asyik duk mengarut je kat dalam tu. Aku rapat lah jugak dengan beberapa orang kat dalam tu. Mesej dari bangun tidur sampai lah tidur balik, setiap hari tanpa jemu. Tapi tu lah, dah lost cantact dengan semua orang yang aku rapat dan bagi pendapat aku memang sangat sayang la. Diorang memang great people dan kalau satu hari nanti ditakdirkan jumpe balik dengan mereka, aku tak kisah nak sambung balik persahabatan tu. 

15) Aku tak pernah mengorat En. Boifie dan En. Boifie pun tak pernah mengorat aku. Kitorang macam sama-sama jatuh chenta. Maka bermulalah episod antara aku dan dia. Cewah! Happy 5th Years Anniversary lah En. Boifie!

16) Aku sedang sambung master dalam bidang (tut). Dalam pengamatan aku, lama lagi lah aku nak habis buat master ni. Banyak main je, research pulak entah ke mana. HAHA. Tapi memandangkan taknak penyelia aku tu membebel, maka aku rasa before akhir tahun ni atau awal tahun depan, siaplah kot thesis aku tu.

17) Aku jenis tak selesa berambut panjang. Tiap sebulan setengah aku akan potong rambut. Dan hanya satu kedai je yang aku akan pergi dan hanya abang salon tu sorang je yang aku beri kepercayaan penuh untuk potong rambut aku.

18) Masa sekolah dulu walaupun jadi mangsa buli, tapi aku tetap ade secret admirers. Ingat lagi masa form 4 bawah meja aku dan loker aku dipenuhi dengan hadiah masa hari jadi aku. Entah macam mana diorang leh tahu mana satu loker simpan buku aku tu pun aku tak tahu lah. Korang stalk aku eh?

19) Tak tahu lah sape yang kepochi sangat. Satu sekolah dapat berita palsu yang mengatakan aku dapat 4 flat kat matrik. Aku dapat tahu pun sebab ade bebudak junior sekolah aku yang akan tanya soklan yang sangat tak disangka kalau tersempak ngan diorang, "Betul ke dapat 4 flat masa kat matrik dulu?", aku pun tanye lah balik, "Sape yang cakap cam tu?", diorang mesti akan jawab, "Satu sekolah tahu yang abang dapat 4 flat kat matrik. Betul kan?". Aku memang terkejut gila lah masa awal-awal bebudak ni tanye. Kalau lah diorang tahu kebenaran bahawasanya yang cerita itu tidak benar, mesti yang malu nanti adalah aku dan bukannya orang yang menyebarkan cerita palsu tersebut. Siapakah kepochi tersebut? I wonder...

20) Aku sangat suka pakai jaket. Kalau tak pun, a hoodie. Kalau tak pakai salah satu daripada ni, aku rasa macam tak lengkap, rasa macam telanjang je. HAHA. Kawan aku selalu tanye, tak panas ke? The truth - memang panas tapi aku memang takkan pergi memana tanpa memakai mereka. Selain tu aku jugak takkan kemana-mana tanpa sapu tangan.


#20FactsAboutMeLahSangat

HAHA. Kenapa aku rasa aku lagi banyak mengarut daripada menulis fakta tentang diri aku?