Monday, 30 June 2014

The Story - Chapter 3

Assalamualaikum.

Wah, kali ni dah pandai kau bagi salam. Tak jawab dosa kot. Yelah, yelah. Nak jawab lah ni. Kecoh ah lu!

Bila dah puasa tu, mesti akan ada bazaar ramadhan. Dan bila dah ada bazar tu, mesti kawan aku akan ajak aku pergi kat situ. Dan jawapan aku tiap kali dia ajak mesti adalah "TAK NAK".
 
Bazar yang sesak macam ni memang 100% tak la untuk aku menjejakkan kaki ku ke situ
(gambar curik dari google)

Kawan aku ni pun satu lah, kau dah kenal aku lama kot. Dari Form 1 lagi. Takkan tak retis-retis lagi yang aku memang takkan berjalan-jalan time panas-panas macam sekarang ni unless ada perkara yang betul-betul penting saja yang memerlukan aku berada di bawah sinaran terik matahari itu. 

Aku bukannya apa, aku ni dah lah cepat dan kuat berpeluh (ya, memang agak geli di situ yer). Nak wat macam mana kan, dah semula jadi. Aku ni kalau nak gi memane, mesti akan bawak sapu tangan. Kedang-kadang tu sampai dua tiga helai aku bawak sekali gus. Semuanya sebab nak lap peluh tu. Kira aku ngan sapu tangan memang tak boleh berenggang langsung. Aku jalan kejap jer pun tapi dah berpeluh macam lari tawaf stadium bola tiga empat kali. HAHA. Sebab tu aku always akan mandi. Aku lebih suka kalau badan aku tak melekit, bersih dan sentiasa berbau wangi. Pergh! Wangilah sangat kan. Hehe. Poyo jer la ko ni.
  
Tiap kali aku mandi mesti aku akan berangan yang aku ni badan taf dan seorang lelaki yang sangat kacak sampaikan semua orang try nak intai aku masa mandi.
Hina sangat perangai itu. Minta jangan diikut.

Lagipun aku pernah cakap yang aku paling tak suka berada di kawasan yang crowded. Sebabnya aku rasa rimas dan macam sesak gila nafas aku ni. Bila macam tu, mulalah aku ni rasa nak marah orang. Sebab marah, aku pernah sound sorang kakak tu depan-depan masa kat pasar malam jalan TAR. Sape suh wat perangai huduh sangat, kang tak pasal-pasal kena ngan aku. Tapi rasa bersalah pulak lepas aku marah dia tu. Dan start from that day, aku dah tak jejakkan kaki lagi dah kat jalan TAR tu -- Ok, itu overlah. Aku tak jejak kaki lagi kat situ bukan sebab kejadian marah tu tapi sebab kalau aku gi situ pun bukannya aku nak beli apa-apa, so why bazir masa gi sana kan? 

Berbalik kepada cerita bazar, yang aku perasan dan tahu, some peniaga makanan kat bazar kat tempat aku ni, cekik darah okiess. Kalau sedap gila tu aku tak kisah lah kalau jual mahal pun sbb ianya berbaloi untuk dibeli dan disantap, ni dah lah rasa hampeh then nak jual mahal. Benci betul aku peniaga macam ni tau. Macam menipu orang yang membeli pulak. Mencik! 

Eh, dah cakap pasal bazar and makanan, so ape makanan yang kau suka Ryyn?

Kalau dah namanya orang melayu, mestilah suka makan nasi. Fav aku nasi kerabu. Pergh, dia punya rasa memang sedap. Lagi-lagi kalau makan ngan puyuh goreng/ayam berempah, telur masin dengan salok lada. Hari-hari suh aku makan nasi kerabu pun tak pe. Aku rela dan sanggup ok. 
 
Tak puas kalau makan sekor kot. Incik Boifie sangat jeles tengok aku ratah natang ni then suh aku kongsi ngan dia. Keji!

Kalau pagi-pagi, aku memang akan jadi hantu nasi lemak. Kalau gi rumah Incik Boifie, benda pertama dia akan buat lepas aku bangun tido adalah tanya aku "Nak makan nasi lemak ke pagi ni?" (sila baca dengan nada penuh sindiran yer). Tak romatik langsung! Orang bila bangun pagi, cakaplah "Lop u" ke, "Morning hubby" ke. Ni tidak, soklan 'sama ade nak makan nasi lemak tak' yang ditanya nyer. Mencik! Ngutok aku jer keje (kes berat badan aku naik sikit sekarang ni -- sikit jer pun! Kecoh ah Incik Boifie itu!)

Aku jugak suka makan Portuguese Grill. Dan satu-satunya tempat yang aku suka adalah yang dekat Mid Valley tu. Aku dah pernah try tempat lain, tapi tak sesedap kat situ lah. Tiap kali nak gi Mid, mesti plan nak gi makan kat restoran tu lah, restoran jepun ni lah. Last-last gi makan natang grill tuh jugak. HAHA. Vengong. Tapi kalau korang pernah jumpe port lain untuk makan masakan grill itu, sila beritahu aku supaya boleh lah aku gi makan tempat itu yer.

Bab-bab kuih tu, aku tak minat sangat nak makan. Selalunya kalau beli kuih pun, aku biarkan jer Incik Boifie habiskan semuanya even dia kata dah tak nak makan dan sudah kekenyangan tapi aku paksa juga. Suka membazir tau dia tu. Beli makanan ikut nafsu betul. Grrr~~

Keje duk kutuk Incik Boifie jer ko ni. Sian Incik Boifie yang tersayang itu. Jahat giler ko! Hish, ko ni. Kutuk-kutuk manja pun tak boleh. Aku dah lah tengah dalam mood "miss-him-so-much" sebab dah lama tak jumpe. Lame tak jumpe? Baru 2 minggu jer kot. Memang agak mengade di situ yer! :3

Kutuk-kutuk pun, aku suka tau makan makanan hasil masakan Incik Boifie itu. Cam heaven jer dapat rasa masakan dia. Even kekadang tu bila datang angin mengarut, dia suka campur bende yang pelik-pelik dalam masakan dia =.=" sampaikan rasa makanan tu pun jadi pelik dan memang boleh menyebabkan aku berfikir panjang dulu sebelum merasa masakan dia tu. Hish, kalau tak makan kang kecik hati pula, tapi kalau makan aku pulak yang merana. Hmmm, nak makan ke tak? Perlu ke aku makan? Selalunya aku wat alasan (1) tak lapar lagi, or (2) jap lagi lah makan, dan suh dia makan dulu sambil aku teman dia. Yes, KENA teman. Kalau tak teman, nanti dia tak nak makan. Memang sangat mengade ye tuan-tuan dan puan-puan.

HAHA. Itulah serba sedikit pasal aku tentang kenapa aku tak suka pergi bazaar membawa kepada some makanan yang aku paling suka makan. Ditambah sedikit pasal Incik Boifie. 

Aku tengah pening kepala, so aku stop kat sini dulu ye. Buhbye~~

 

Sunday, 29 June 2014

Story Mory Pasal Aku, Again.

Saje aku nak story mory sikit, dan ianya still lagi pasal diri aku. Oh gosh, come on lah Ryyn, asyik2 pasal diri kau. Like, macam ade orang nak ambik tahu sangat kan? Eh, diamlah. Suke ati lah nak cite sal ape pun~

Dalam "dunia aku" ni, hanya dua orang saja yang tahu aku nie gay (orang yang syak aku nie gay tak kira okiess) dan dua-duanya adalah perempuan. Cam mane diorang leh tahu tu Ryyn? Diorang leh tahu sebab aku yang bagitau diorang siapa aku sebenarnya.

Dua orang yang tahu tu, seorang adalah clazmate aku time sekolah dulu dan sorang lagi adalah cozmate aku kat u. Aku decide nak bgtau dorang pun sbb aku memang rapat ngan dorang dan aku tak mampu nak menipu dorang. Aku selalu cite pasal diri aku, pasal hidup aku kat diorang dan time aku bercerita pasal kekasih hati aku, aku sentiasa teragak-agak. Kadang2 menipu dorang bulat-bulat and aku rasa sangat-sangat bersalah menipu my besties. "Wei, aku ade buah hati, dan buah hati aku tu adalah... seorang lelaki." Lebih kurang like that lah ayat aku time mengaku yg aku suka lelaki. Tak de lah direct mane kot rasanya. Dan yes, aku memang sangat tergagap-gagap okiess time mengaku tu. HAHA

 
Oh, hi gorjes.

Tapi siyes cakap, aku rasa lebih rapat dengan fag hag (fag hag tu ape sebenarnya? Ah, lantaklah. Aku nak letak gak perkataan tu kat sini) aku 2 orang tu lepas berterus terang. Part paling best, cozmate aku tu siap boleh jadi gila kamceng pulak ngan Incik Boifie. Siap kuar dating bersama lagi (Pergh! Jeles siot! HAHA. Ok, tak dek lah, xjeles lgsg pn. kadang2 kitorang kuar date bertiga).

Part yg paling best, diorang tak pernah sekali pun nak jugde kitorg. Korang pun tahu kan, people mmg suka judge mereka yg berada dalam dunia ni (macam lah kau as str8 tu mulia sangat sampai terus dijamin masuk syurga bagai kan). Cozmate aku pernah cakap (ok, aku bahasakan dia sebagai H lah yer), "Aku tak kisah kau suka kat sape2, aku berkawan dengan kau sebab aku suka berkawan dengan kau, aku suka berbual dengan kau, dan aku boleh tolak tepi pasal kehidupan peribadi kau as long as kau still hormat aku sebagai kawan kau, itu pun dah cukup baik bagi aku untuk terus berkawan dengan kau." (Ok, ayat itu nampak macam rip off dr novel melayu sgt sbb aku cuba nak rumuskan benda yang dia cakap kat aku 4-5 tahun lepas). Tapi mmg gila terharu aku bila dia cakap gitu kat aku. Tak pernah ade orang yang betul2 ikhlas nak berkawan dengan aku (ikhlas di sini membawa maksud betul2 nak berkawan dengan seseorang yang dtg dari dalam hati dan bukan berkawan disebabkan kita sama kelas or berkawan sebab kita same course -- hope korang faham maksud tersebut).

Ryyn, sebanarnya kau semakin mengarut dan cerita ini dah menjadi kurang menarik. Oh gosh, tak pe kalau cerita ni tak menarik sebab aku just nak story je tentang siapa manusia dalam hidup aku yg tahu aku macam ni dan still lagi support aku, still menjadi pendengar setia aku, still boleh berbual tanpa tentang apa saja (termasuk pasal dunia ni) tanpa dipandang hina, dipandang jelek, dikutuk, dikeji dan dimaki oleh manusia lain. 

Sebelum aku mengarut panjang dan menjadikan orang lain makin tak faham, better aku berhenti di sini dulu. Buhbye~.


p/s: Aku teringin lah nak tulis satu cerita panjang (or pendek) tapi aku kena asah lagi teknik penulisan dan penghuraian aku supaya menjadi lebih mantap dan tiptop.

Selamat Berpuasa

OK, aku nak ucapkan Selamat Berpuasa ke semua orang yang membaca blog ini.. Ade ker orang bace blog ko Ryyn? Akahs! Jangan gatal-gatal nak memonteng yer, nanti x boleh raya. HAHA. 

OK, post ini memang pendek. Nak post yang panjang2, sila baca post yang seterusnya.

Saturday, 21 June 2014

Serba Sedikit Tentang Aku, Memang Sangat Sedikit Macam Tak Rasa Ada Apa-Apa Pasal Aku Pun

Hai semua. Aku ni ada jer blog tapi sebenarnya tak tahu nak tulis dan post apa kat blog aku buat masa sekarang ni. "Kalau dah macam tu, apesal kau gatal sangat nak buat blog?"

Sebenarnya banyak benda yang aku nak ceritakan, tapi entahlah. Aku rasa still belum masanya lagi kot untuk aku ceritakan kat sini. And by the way, "Apesal tajuk post ko panjang nak mampus? Hilang napas aku nak membacanya."

Ok, straight to the point, dah memang obies sangat yang blog ni bukan blog straight. Like daaa~ dah terang lagi bersuluh. Yes, aku memang seorang lelaki songsang. Siyes cakap, nak tulis perkataan 'songsang' tu memang terketar tangan jugak. Bukan tak nak mengaku ke apa, tapi bila tulis benda tu kat sini, kau akan rasa macam kau telah memberitahu dunia about kau punya secret tau. "BIG DEAL!" But for me, it is a big deal even korang kat luar sana tu bukannya kenal aku pun. Sebabnya aku bukan seorang lelaki yang senang-senang nak beritahu orang lain yang, "Hey, I'm gay!".


Seperti yang aku dah cakap, aku memang sangat-sangat pendiam. Aku cuma bercakap banyak pun hanya dengan orang yang aku betul-betul selesa bercakap dengannya. Kadang-kadang tu, sebab aku ni maha pendiam, diorang kat luar sana tu sedap babi je cop aku ni sombong. Siyes wei, aku paling benci sekali bila orang cakap aku sombong. Like, that word memang betul-betul buat aku sentap. Kenali aku dulu then after that suka ati kaulah nak fikir aku ni sombong ke, berlagak ke, bangang ke, handsome ke.

Ok, yang part hensem tu memang impossible-lah, sebabnya aku ni memang langsung tak masuk dalam kategori lelaki-lelaki kacak. Aku ni biasa-biasa je lah kiranya kot, sebab aku tak rasa pula yang aku ni masuk dalam kategori huduh (perasan kau ni! hehe...). Aku juga bukanlah mamat cute or comel dan siyes aku kata aku sendiri still wonder sampai ke hari ni macam mana my boifie leh tangkap cintan ngan aku. Aku cakap gini sebabnya aku tahu yang my boifie tu taste dia dekat lelaki-lelaki yang comel tahap dewa. Siyes wei aku cakap ni, sebab aku pernah tengok gambar ex-bf dia dulu-dulu, semuanya comel-comel plus hensem gedabak!! So, cam mana tu dia boleh jatuh cinta kat aku yang langsung tak comel ni? Misteri sungguh bak hang (for me lah kan). Nantilah aku cerita pasal my boifie tu dengan lebih lanjut kat post yang mendatang. Kita simpan dulu buat pekasam, okay?

cam lebih kurang comel cam ni lah kot. agaknyelah. aku ingat2 lupa gitu.

 ok, laki ni memang kacak. saje letak. xdek kaitan pun ngan cite di atas.

 oh my! kacak giler... kucing kat belakang tu lah. siyes cakap, aku mmg ade soft-spot untuk kucing kaler oren belang2 macam ni. meow~~

Sebagai tak berapa nak permulaannya, aku just nak tekankan yang English aku memang sangat-sangat teruk. Ok, tak de lah cam teruk yang teruk sangat tapi aku mengaku yang aku punya susunan ayat dalam BI tu tak berapa nak bagus sangat dan mungkin akan ade banyak silap. Itu memang kelemahan no. 1 aku dalam bahasa inggeris ni. Dan jika itu berlaku, silalah jangan malu-malu untuk menegur yer. At least, boleh lah jugak aku belajar kat mana silapnya BI aku tu.

Kalau baca apa yang aku tulis kat atas tu, nampak macam "Kau ni merendah-rendahkan sangat diri kau lah. Come on lah dude, sell lah diri kau tu sikit." Ok, aku tak de niat pun nak rendah-rendah kan diri aku bahkan aku terima diri aku seadanya tapi aku rasa ianya tak salah untuk menulis perkara yang benar, bukan? Tapi itu terserahlah kepada pendapat masing-masing. Like, "Macamlah aku boleh tutup mulut korangkan. Kalau boleh, dah lama aku sumbat mulut-mulut tu dengan berus jamban." 

"Ok, tadi si lahabau ni kata macam tak tahu nak tulis apa, then tetiba banyak pula dia tulis kat sini. Sangatlah obius haram-j nyer."

So, aku stop sini dulu lah yer. Nanti kalau aku free dan ade idea nak tulis ape, aku sambung mengarut lagi. Bye bye~~!


Friday, 20 June 2014

Satu Permulaan

Hai semua. Selamat berkenalan. Rayyan sebenarnya bukannya pandai sangat hendak menulis. Tapi Rayyan rasa, Rayyan ingin berkongsi kisah hidup Rayyan dengan seberapa ramai orang yang boleh. Boleh dikatakan yang Rayyan ni bukanlah seorang lelaki yang ramai kawan. Sentiasa keseorangan. Bukan Rayyan tak mahu berkawan tapi sebenarnya agak sukar bagi Rayyan untuk rapat dengan orang lain. Mungkin sebab Rayyan ni sangat pendiam? Atau sebab Rayyan ni takut untuk mendekati orang lain? Ataupun sebab orang tak menyukai Rayyan? Itu Rayyan sendiri pun tak ada jawapannya. 

Untuk blog ni, Rayyan akan masih lagi tiada dan tak tahu hendak gunakan cara penceritaan yang macam mana. Tapi yang penting, Rayyan akan cuba sedaya upaya untuk hiburkan orang yang datang membca entri-entri Rayyan nanti. Oh. dan blog ini juga Rayyan akan cuba untuk 98% porn free. Nantikan tak pasal-pasal terbakar pula blog ni. Rayyan tak nak pula jadi macam tu nanti.

Jadi untuk first post ni, itu sajalah kot. Rayyan cuma nak ucapkan Selamat Datang ke blog ini dan selamat terhibur!

Peace!