Eh, rasa macam baru selamam je kan kita berpuasa.
Oh, hey! Ke mana kau menghilang Ryyn?! HAHA. Aku ade jer kat sini. Tapi disebabkan rasa yang sangat malas nak membuka dan mengupdate blog di bulan poser, maka berlumutlah blog ini.
Sepanjang bulan puasa ni, aku dah macam ala-ala janda kesepian pulak. HAHA. Almaklumlah, En. Boifie tak ade kat Mesia sepanjang bulan. HUHU. Sedey! Tak dapat nak ikot dia sama. Dia pulak, kerja asyik duk bagi gambar sepanjang dia ada kat situ. Amat kuang ajar yer! Nampak sangat sengaja nak menjeleskan lagi diri aku yang sudah terlampau jeles ini. Humph! Mencik!! HAHA.
Tahun ni agak tak best sebenarnya sebab aku pun tak dapat balik beraya kat kampooong. Yes, kitorang satu family just raya kat bandar ni jer. Nak buat macam mana kan. Sob sob sob. Aku telah menangis sambil duduk bersimpuh di dalam bilik sorang diri setiap malam (Eeee, adik-adik sangat!). OK, part menangis tu memang aku tipu lah. Sila jangan percaya. Tapi maybe lah kot akan gigih juga balik kampooong malam esok atau lusa.
Tapi yang agak kurengnya di sini, time-time nak raya ni lah aku telah selamat demam dengan jayanya! Dah lah demam, sakit gusi pulak tu. Nak makan pun agak seksa. Amekaw, tang-tang dapat balasan cash! Double plak tu. Walaupun gusi sakit, makan tetap jugak 3 pinggan tadi. Lahap sangat~! HAHA.
Tapi yang bestnya, tadi adik aku belikan satay. Eh, taw-taw jer mamat ni aku nak makan satay. Untung sangat. Tapi aku tetap berasa sakit hati. Satay itu sangatlah keras. Aktiviti memakan satay yang keras adalah satu aktiviti yang tidak seharusnya dilakukan oleh orang yang gusinya tengah sakit. Sakitnya bila nak kunyah, memang tak terkata.
Makin banyak menulis, makin banyak mengarut. So, aku stop kat sini dulu. Kalau aku rajin maka akan berupdatelah blog ni. HAHA.