Heyyyyy.
Rasa macam dah lama pulak aku tak menulis kat sini. Bizi sangat menggemokkan diri.
Aku curang.
Abaikan statement kat atas yang memang sangat menipooo itu.
Aku tak curang pun tapi hanya jatuh crush dekat seorang diver ni. Perhatikan perkataan itu, CRUSH. Aiyoo, dah macam gadis-gadis remaja jatuh crush dekat retis gamaknya. Seperti yang aku pernah cakap yang aku memang minat dengan sukan terjun ni. So aku memang selalunya view apa-apa pertandingan yang ada diving ni sama ada kat youtube or dekat website FINA macam Diving World Series, Grand Prix, European Championships, just to name a few lah.
Actually, aku dah tahu kewujudan dia lama dah. Dulu awal2 tengok diver ni, tak jatuh minat dan tak sokong pun dia until dia tersenyum. Oh-Emm-Gee! Cair aku taw. Dia memang ada killer smile lah! Then kalau dah cair maka gigih lah kan duk cari maklumat pasal dia. Tak banyak sangat lah info pasal dia. Walaupun dah gigih tercair bagai semua, berbulan jugaklah aku stop tengok video pasal diving ni sebab terlampau busy dengan kehidupan.
Dan kemudiannya bulan lepas pun menjelma. Ditakdirkan yang hari tu aku tetiba je teringin nak tonton video diving. Search je dekat youtube tu. Mula-mula tengok macam takde perasaan. Until diver ni muncul. Dan dia senyum. Bergegar hati aku tengok. Terus teringat pasal dia balik. Terus teringat yang aku jatuh crush dekat dia dan aku masih lagi sukakan dia. Tapi penangan kali ni memang sangat kuat. Hari-hari nak tengok video dia perform. Kalau tak tengok rasa macam ada something yang missing. KRONIK dah aku rasa aku ni. HAHA.
OK, ini hanyalah suka semata-mata dan memang dah jatuh cinta takde kaitan dengan jatuh cinta. HAHA. Aku memang suka gila tengok dia melakukan dive itu. Dia kalau acara individu macam kurang strong sikit lah performance dia. Sebab aku tengok dia lebih kuat dalam acara synchro. Hope tahun depan prestasi dia lebih baik dari tahun ni untuk acara individu yang pada pendapat aku agak mengecewakan jugak lah tahun ni.
Teringin benar aku nak tengok dia perform secara live sambil menjerit-jerit macam tengok konsert retis. Entah bila akan berlaku, itu aku tak taw. But aku akan sentiasa berharap ianya akan berlaku suatu hari nanti. Dan benda yang aku paling nantikan mestilah untuk melihat senyuman dia. Just his smile. Sebab aku sangat-sangat sukakan senyuman dia.
Inilah orangnyer. Awww, look at those eyes. Dia kengkadang simpan janggut. Aku tak pernah rasa janggut tu menawan dan masih lagi tak rasa yang janggut tu menawan tapi janggut dia nampak comeyyy ya amat~!!
p/s: Who the fuck is Tom Daley?
