Friday, 20 June 2014

Satu Permulaan

Hai semua. Selamat berkenalan. Rayyan sebenarnya bukannya pandai sangat hendak menulis. Tapi Rayyan rasa, Rayyan ingin berkongsi kisah hidup Rayyan dengan seberapa ramai orang yang boleh. Boleh dikatakan yang Rayyan ni bukanlah seorang lelaki yang ramai kawan. Sentiasa keseorangan. Bukan Rayyan tak mahu berkawan tapi sebenarnya agak sukar bagi Rayyan untuk rapat dengan orang lain. Mungkin sebab Rayyan ni sangat pendiam? Atau sebab Rayyan ni takut untuk mendekati orang lain? Ataupun sebab orang tak menyukai Rayyan? Itu Rayyan sendiri pun tak ada jawapannya. 

Untuk blog ni, Rayyan akan masih lagi tiada dan tak tahu hendak gunakan cara penceritaan yang macam mana. Tapi yang penting, Rayyan akan cuba sedaya upaya untuk hiburkan orang yang datang membca entri-entri Rayyan nanti. Oh. dan blog ini juga Rayyan akan cuba untuk 98% porn free. Nantikan tak pasal-pasal terbakar pula blog ni. Rayyan tak nak pula jadi macam tu nanti.

Jadi untuk first post ni, itu sajalah kot. Rayyan cuma nak ucapkan Selamat Datang ke blog ini dan selamat terhibur!

Peace!

No comments:

Post a Comment